Thursday, June 4, 2009

TUA VS MUDA

Salam Perjuangan,
Didoakan agar rakan-rakan sihat sejahtera hendaknya di samping sibuk menguruskan mesyuarat cawangan serta sayap dan seterusnya bahagian.Apabila sesuatu organisasi mempunyai sayapnya, tidak dapat dielakkan akan berlaku pertembungan pendapat dan idea antara yang tua dengan yang muda. Sekali imbas pertembungan ini pasti akan meninggalkan kesan psaikologi kepada kedua-dua golongan. Ini tidak dapat dielakkan kerana orang muda zaman kini menggunakan media alternatif untuk berhubungan antara satu sama lain manakala yang tua pula menggunakan kaedah yang mereka lazim gunakan. Orang muda saperti biasa dengan darah mudanya akan melihat golongan tua bergerak begitu lambat dan penuh dengan nostalgik iaitu kenangan lama sewaktu mereka pemuda dulu di mana ketika itu zamannya berlainan sekali dengan zaman orang muda sekarang. Pertembungan pendapat tidak boleh dielakkan lagi apabila dua generasi ini berada dalam satu organisasi.Perbedaan pendapat bukanlah satu halangan untuk kita terus menolak golongan muda untuk memberikan khidmat baktinya kepada parti, ahli dan masyarakat. Suka atau tidak suka golongan tua kena menerima hakikatnya kerana bukannya kehendak golongan muda tetapi ini adalah fitrah bagi mereka yang dilahirkan pada zaman ini. Golongan muda sering dilihat sebagai pemimpin masa depan jadi kenalah diberikan peluang dan ruang kepada mereka agar dapat memberikan sumbangan dan fikiran untuk melakukan sesuatu.Perbalahan hanya merugikan kita semua.

2 comments:

  1. SALAM PERJUANGAN,

    Kami dari UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN ingin mengucapkan salam perjuangan dan persahabatan buat UMNO Bahagian Jasin.

    Di harap kita dapat bersama2 memberikan informasi terkini mengenai politik tanah air dan menjawab segala dakyah dan persoalan yang diketengahkan dari pihak pembangkang.

    Ketua UMNO Cawangan, En. Abd. Razak Muhamad mengucapkan Salam Persahabatan khas buat anda.

    Sekian, Ikhlas Dari,

    UMNO CAWANGAN GOMBAK SELATAN,
    BAHAGIAN WANGSA MAJU.

    p/s : Blog anda dalam senarai link kami

    ReplyDelete
  2. Slm, kpd kepimpinan dan ahli Gombak Selatan. Moga persahabatan ini berkekalan hingga selamanya. Selamat berjuang untuk nusa, bangsa.

    ReplyDelete