Monday, May 31, 2010

Thursday, March 4, 2010

INGATAN DEMI INGATAN


Situasi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat khususnya parti PKR jelas menunjukkan bahawa bukan disebabkan oleh penyokong atau pengikut tetapi yang bermasalah adalah pemimpin mereka. Akibatnya seorang demi seorang menjadi ahli Parlimen bebas atau pun masuk UMNO. Ketiadaan peraturan lompat parti memudahkan mereka berbuat demikian. Jika diteliti alasan mereka melompat adalah berpunca dari ketidakpercayaan terhadap pucuk kepimpinan mereka sendiri. Kita maklum sebagai wakil rakyat mereka bukan sahaja bertangung jawab terhadap parti malahan yang lebih utama adalah menunaikan janji dan manifesto pilihanraya. Klien utama adalah pengundi. Sebagai pengundi dan penyokong, mereka mengharapkan nasib mereka di bela dan janji ditunaikan. Apabila janji gagal ditunaikan maka kekecewaan pasti datang. Akhirnya dengan tekanan tersebut maka pemimpin pun menukar haluan masing-masing.
Hal ini cuba dinafikan oleh pucuk kepimpinan dengan mengatakan bahawa wakil mereka telah 'dibeli' oleh UMNO. Ternyata alasan yang diberikan tidak bertepatan dengan sebab sebenar perkara ini. Pembangkang khususnya PKR dilihat mencari jalan selamat dengan cuba menyorokkan keretakan yang berlaku dalam PKR. Usaha mereka untuk cuba 'meniru' konsep BN mengenai percantuman parti ternyata gagal dilaksanakan. Selain bercakaran sesama sendiri pemimpin mereka juga dilihat tidak bersefahaman dengan pemimpin dalam gabungan mereka. Bak kata pepatah ' helang dengan helang, pipit dengan pipit'.
Jika dilihat hasrat mereka untuk mengambilalih Putrajaya, berbanding dengan apa yang berlaku dalam parti gabungan, ternyata mereka belum bersedia lagi dari segi moral dan prinsip. Cuba kita bayangkan jika mereka memerintah nanti, apa pula yang berlaku. Pasti perebutan jawatan akan berlaku. Yang menjadi mangsa adalah penyokong dan pengikut parti. Dari itu kepada mereka yang bersimpati, fikir-fikirkan lah perkara ini, jangan jadi kata bidalan Melayu 'dah terhantuk baru tengadah'

Sunday, February 28, 2010

ANTARA JANJI DAN AUTA

Berikut adalah janji-janji Pakatan Rakyat Selangor semasa pilihanraya ke-12 dahulu:
  1. Janji potongan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk premis kediaman dan 10 peratus untuk premis perniagaan.
  2. Elaun tadika RM50 seorang setiap bulan
  3. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak sebanyak RM75 seorang setiap bulan.
  4. Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
  5. Elaun khas ibu tunggal.
  6. Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin.
  7. Bantuan geran untuk perniagaan.
  8. Sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
  9. Rawatan percuma untuk warga Selangor berusia 60 tahun ke atas.
  10. Bantuan masuk universiti.

Saturday, January 9, 2010

JUARA RAKYAT

Pelancaran program JUARA RAKYAT di Selangor telah menandakan permulaan kepada pengisian gagasan 1Malaysia dengan tema "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan". Saperti kata Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa program ini bukanlah dapat menyelesaikan semula masalah sekali gus tetapi ianya adalah permulaan kepada satu perjalanan sehingga tahun 2020. Apa yang penting dalam memenuhi program ini, keperluan rakyat sentiasa menjadi agenda utama. Ini bertepatan dengan agenda parti yang meningkatkan demensi mendekati rakyat. Pemimpin berada di atas kerana ianya dijulang oleh rakyat sekira tidak sudah pasti ia akan tersungkur di bawah. Maka sikap sombong, megah diri dan lalai hendaklah dijauhi agar rakyat terus memberikan sokongan dan undi mereka kepada parti. Kepada mereka yang berangan-angan untuk menjadi calon pada PRU akan datang, beberapa peringatan telah diberikan oleh Perdana Menteri. Semoga segala ingatan dan teguran dari PM sentiasa menjadi panduan, ingatan, amalan kepada semua pemimpin tidak kira di peringkat mana. 1Malaysia mari kita sama-sama jayakan dan menjadi JUARA RAKYAT.