Thursday, February 17, 2011

SEMPENA LAWATAN TPM KE MERLIMAU

MAJLIS PECAH TANAH SJKT MERLIMAU

14.02.2011 - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketika di Majlis Pecah Tanah SJK Tamil Merlimau bahawa dasar pendidikan yang diamalkan di negara ini sejak negara merdeka, sentiasa mengutamakan kepentingan keperluan semua kaum. 


Menurutnya, setiap rakyat negara ini, selagi memegang kerakyatan Malaysia dan taat setia kepada negara berhak menikmati pelbagai kemudahan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan.




Sekolah yang telah dicadangkan di bawah RMK10, dibina dgn kos siling RM4juta. Proses Tender sedang berjalan.



Turut hadir majlis hari ini ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.


Suasana meriah dan sambutan padu dari 
pengundi India dan 1Malaysia.







JADUAL LAWATAN PM KE MERLIMAU

Wednesday, February 16, 2011

Lawatan Kerja Perdana Menteri pada 19/02/2011

Atucara Lawatan Kerja Sehari YAB Perdana Menteri ke Negeri Melaka dengan memberi Tumpuan di Dun Merlimau pada 19/02/2011.

• 9.00am ~ Majlis Pecah Tanah UiTM di Lancang (Sempadan Dun Merlimau/Dun Sg. Rambai

• 11.00am ~ Taklimat Bilik Gerakan Pilihanraya Kecil BN N27 Dun Merlimau

• 1.00pm ~ Sembahyang Zohor di Masjid Chenderah
~ Rehat di Bilik VIP (Politeknik Merlimau)

• 3.00pm ~ Majlis Hari kesedaran Bencana di Melaka International Trade Center (MITC) Ayer Keroh

• 5.00pm ~ Walkabout di Pekan Merlimau dan Jeti Nelayan

• 7.00pm ~ Rehat di Bilik VIP (Politeknik Merlimau)

• 9.00pm ~ Jamuan Rakyat dan Jamuan Tahun Baru Cina di Padang Politeknik Merlimau dan Penyampaian Bantuan Kebajikan kepada 1,054 orang Penerima Bantuan

MCA TURUN PADANG

Kehangatan Pilihanraya Kecil DUN Merlimau semakin terasa dan BN telah mendapat sokongan padu dari pelbagai pihak samada dari parti-parti komponen BN ataupun NGO-NGO.


Sokongan pengundi Cina



Presiden MCA Yab Datuk Seri Chua Soi Lek
Majlis Makan Malam dan Perasmian pusat sumber & bilik komputer SKJ (C) Jasin Lalang anjuran MCA

********************************************************************************************

Majlis Makan Malam Tahun Baru Cina anjuran GERAKAN


********************************************************************************************








Sokongan pengundi India


Program 1Malaysia diraikan bersama pengundi-pengundi India




Sokongan NGO-NGO


Bilik Gerakan MUBARAK

Bilik Gerakan NGO Melaka

NGO India Melaka

MCA MELAKA : SESI PENERANGAN DI MERLIMAU

MCA MELAKA : SESI PENERANGAN DI MERLIMAU

Ketua Menteri Melaka bersama-sama Ketua MCA Melaka, Datuk Gan Tian Loo &
SU MCA Melaka Datuk Koh Nai Kwong ketika di temuramah wartawan RTM di Merlimau


Pada 8hb. Februari 2011, Setiausaha MCA Negeri Melaka, Datuk Koh Nai Kwong, pengerusi MCA Bahagian Jasin, Sdr Koh Chin Han, Ketua Biro Guaman MCA Negeri Melaka Sdri.Ng Miow Hia, diiringi oleh ahli-ahli jawatankuasa Biro Guaman MCA Negeri Melaka Sdr Lim Ban Hong dan Sdr Eric Choo Wei Sern dan ahli-ahli jawatankuasa MCA Bahagian Jasin telah mengadakan dialog di Kedai Kopi Chuan Nam di Pekan Merlimau untuk membantu dan menerangkan kepada pemilik-pemilik tanah-tanah kedai-kedai lama Pekan Merlimau proses permohonan untuk pembaharuan pajakan tanah. 

Terdapat lebih kurang 24 pemilik yang hadir di mana salah sebidang tanah adalah untuk kegunaan gereja Methodist Church Merlimau. Permohonan akan dibuat dalam minggu ini.

Datuk Koh Nai Kwong juga menerangkan bahawa proses membantu orang ramai memperbaharui pajakan tanah di bawah 30 tahun kepada 99 tahun bukanlah dibuat oleh kerana pilihanraya kecil Merlimau yang akan datang. Sebaliknya, kerja memperbaharui pajakan tanah ini telah lama dimulakan di kawasan-kawasan lain seperti Machap Baru sebelum Biro Guaman MCA Negeri Melaka datang ke Merlimau untuk membantu pemilik-pemilik tanah Merlimau. Bantuan ini juga adalah sejajar dengan polisi kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh Ketua Menteri Negeri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, bahawa tanah-tanah yang masih mempunyai pajakan kurang daripada 30 tahun adalah sesuai dan dibenarkan untuk diperbaharui.





Nota: Dialog seterus Biro Guaman MCA Negeri Melaka akan diadakan di Kampung Kongsai, Ayer Merbau pada jam 2 tengah hari 11hb. Feb. 2011.


Monday, May 31, 2010

Thursday, March 4, 2010

INGATAN DEMI INGATAN


Situasi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat khususnya parti PKR jelas menunjukkan bahawa bukan disebabkan oleh penyokong atau pengikut tetapi yang bermasalah adalah pemimpin mereka. Akibatnya seorang demi seorang menjadi ahli Parlimen bebas atau pun masuk UMNO. Ketiadaan peraturan lompat parti memudahkan mereka berbuat demikian. Jika diteliti alasan mereka melompat adalah berpunca dari ketidakpercayaan terhadap pucuk kepimpinan mereka sendiri. Kita maklum sebagai wakil rakyat mereka bukan sahaja bertangung jawab terhadap parti malahan yang lebih utama adalah menunaikan janji dan manifesto pilihanraya. Klien utama adalah pengundi. Sebagai pengundi dan penyokong, mereka mengharapkan nasib mereka di bela dan janji ditunaikan. Apabila janji gagal ditunaikan maka kekecewaan pasti datang. Akhirnya dengan tekanan tersebut maka pemimpin pun menukar haluan masing-masing.
Hal ini cuba dinafikan oleh pucuk kepimpinan dengan mengatakan bahawa wakil mereka telah 'dibeli' oleh UMNO. Ternyata alasan yang diberikan tidak bertepatan dengan sebab sebenar perkara ini. Pembangkang khususnya PKR dilihat mencari jalan selamat dengan cuba menyorokkan keretakan yang berlaku dalam PKR. Usaha mereka untuk cuba 'meniru' konsep BN mengenai percantuman parti ternyata gagal dilaksanakan. Selain bercakaran sesama sendiri pemimpin mereka juga dilihat tidak bersefahaman dengan pemimpin dalam gabungan mereka. Bak kata pepatah ' helang dengan helang, pipit dengan pipit'.
Jika dilihat hasrat mereka untuk mengambilalih Putrajaya, berbanding dengan apa yang berlaku dalam parti gabungan, ternyata mereka belum bersedia lagi dari segi moral dan prinsip. Cuba kita bayangkan jika mereka memerintah nanti, apa pula yang berlaku. Pasti perebutan jawatan akan berlaku. Yang menjadi mangsa adalah penyokong dan pengikut parti. Dari itu kepada mereka yang bersimpati, fikir-fikirkan lah perkara ini, jangan jadi kata bidalan Melayu 'dah terhantuk baru tengadah'

Sunday, February 28, 2010

ANTARA JANJI DAN AUTA

Berikut adalah janji-janji Pakatan Rakyat Selangor semasa pilihanraya ke-12 dahulu:
  1. Janji potongan cukai pintu sebanyak 20 peratus untuk premis kediaman dan 10 peratus untuk premis perniagaan.
  2. Elaun tadika RM50 seorang setiap bulan
  3. Elaun anak pusat asuhan kanak-kanak sebanyak RM75 seorang setiap bulan.
  4. Elaun khas ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.
  5. Elaun khas ibu tunggal.
  6. Bantuan kewangan untuk anak muda berkahwin.
  7. Bantuan geran untuk perniagaan.
  8. Sewa percuma sekurang-kurangnya tiga bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri.
  9. Rawatan percuma untuk warga Selangor berusia 60 tahun ke atas.
  10. Bantuan masuk universiti.