Tuesday, July 21, 2009

ANTARA DUA DARJAT : MARUAH DAN KUASA

Salam Perjuangan kepada pejuang bangsa,
Tahun 2009 nampaknya telah pun masuk melebihi setengah tahun 2009. Sejak Mac 2008 PRU 12, kini telah tujuh PRK sama ada parlimen mahupun DUN telah dilansungkan. Ada PRK yang diadakan atas sebab demokrasi malah ada juga yang ...!!!!!!. Keputusan dan pilihan pengundi telah dihormati. Seperti biasa ada yang kalah dan ada yang menang. Itulah adat pertandingan. sudah pasti yang menang akan bergumbira mana kala yang kalah pula kena kerja kuat. Memang pelik pilihan pengundi kali ini. Kadang-kadang sebab nyamuk kelambu dibakar. Harapkan pagar, pagar makan padi dan macam-macam ada.
Suka atau duka, perjuangan kena teruskan demi masa depan yang belum tentu menjanjikan syurga bagi mereka yang lemah dan mudah kecewa. Sifat seorang pejuang terus berjuang hingga sampai bila-bila tanpa jemu.
Motif berjuang dalam politik ada dua martabat iaitu antara maruah dan kuasa. Bagi orang Melayu kedua-duanya sangat sinonim dengan budaya mereka dulu, kini dan selamanya. Tetapi kini senario telah berubah atau kata setengah orang tsunami. Kadang-kadang kita dalam perjuangan keliru antara dua darjat ini yang mana satu perlu dipertahankan. Adakah maruah itu dapat dipertahankan tanpa kuasa atau kuasa yang tidak dipertanggungjawabkan akan menyebabkan runtuhnya maruah. Kini dua-dua darjat orang Melayu telah semakin terhakis oleh lawan dan kawan. Hari demi hari kita terus bercakaran walau pun agama yang mulia iaitu Islam tidak mengajarnya begitu. lebih sedih yang terdidik agama pun tengelam dan hilang punca bila berbicara soal dua darjat ini.
Dunia yang perlu kita wariskan kepada generasi akan datang belum lagi ada ketentuannya bila dua darjat ini sentiasa menyebabkan kita ditelan mati emak , diluah mati ............ sedarlah bahawa dunia ini bukannya milik kita sahaja tetapi juga milik bersama untuk generasi akan datang. Antara maruah dan kuasa, tepuk dada tanya iman, yang manakah pilihan kita atau kita tidak ada pilihan.