Thursday, March 4, 2010

INGATAN DEMI INGATAN


Situasi yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat khususnya parti PKR jelas menunjukkan bahawa bukan disebabkan oleh penyokong atau pengikut tetapi yang bermasalah adalah pemimpin mereka. Akibatnya seorang demi seorang menjadi ahli Parlimen bebas atau pun masuk UMNO. Ketiadaan peraturan lompat parti memudahkan mereka berbuat demikian. Jika diteliti alasan mereka melompat adalah berpunca dari ketidakpercayaan terhadap pucuk kepimpinan mereka sendiri. Kita maklum sebagai wakil rakyat mereka bukan sahaja bertangung jawab terhadap parti malahan yang lebih utama adalah menunaikan janji dan manifesto pilihanraya. Klien utama adalah pengundi. Sebagai pengundi dan penyokong, mereka mengharapkan nasib mereka di bela dan janji ditunaikan. Apabila janji gagal ditunaikan maka kekecewaan pasti datang. Akhirnya dengan tekanan tersebut maka pemimpin pun menukar haluan masing-masing.
Hal ini cuba dinafikan oleh pucuk kepimpinan dengan mengatakan bahawa wakil mereka telah 'dibeli' oleh UMNO. Ternyata alasan yang diberikan tidak bertepatan dengan sebab sebenar perkara ini. Pembangkang khususnya PKR dilihat mencari jalan selamat dengan cuba menyorokkan keretakan yang berlaku dalam PKR. Usaha mereka untuk cuba 'meniru' konsep BN mengenai percantuman parti ternyata gagal dilaksanakan. Selain bercakaran sesama sendiri pemimpin mereka juga dilihat tidak bersefahaman dengan pemimpin dalam gabungan mereka. Bak kata pepatah ' helang dengan helang, pipit dengan pipit'.
Jika dilihat hasrat mereka untuk mengambilalih Putrajaya, berbanding dengan apa yang berlaku dalam parti gabungan, ternyata mereka belum bersedia lagi dari segi moral dan prinsip. Cuba kita bayangkan jika mereka memerintah nanti, apa pula yang berlaku. Pasti perebutan jawatan akan berlaku. Yang menjadi mangsa adalah penyokong dan pengikut parti. Dari itu kepada mereka yang bersimpati, fikir-fikirkan lah perkara ini, jangan jadi kata bidalan Melayu 'dah terhantuk baru tengadah'