Monday, June 29, 2009

BERUBAH ATAU DIUBAH

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh YAB Presiden Parti supaya semua ahli parti pelbagai peringkat berfikir dan munasabah diri tentang senario semasa parti pemerintah yang telah diberi amanah selama 52 tahun untuk menjadi kerajaan. Tempoh ini sudah pasti dapat melahirkan satu generasi yang bukan sahaja berilmu malah mempunyai pengalaman. Oleh yang demikian, sudah pasti untuk melayani generasi baru ini, perlu ada satu pembaharuan bukan sahaja dari segi pelakun politik malah juga kalau perlu perlembagaan diubah.
Majlis Tertinggi telah pun memulakan langkahnya dengan perubahan dari segi perlembagaan parti. Persoalannya adakah dengan mengubah perlembagaan ini diikuti dengan perubahan oleh ahli parti. satu persoalan yang bukan sahaja dinantikan malah dituntut dengan perkembangan semasa oleh rakyat sama ada ahli atau pun bukan ahli.
Memang menjadi satu budaya dalam mana-mana parti, perubahan itu satu yang sukar diikuti oleh semua ahli parti. Persoalan nostalgik masih membelenggu diri dan pemikiran kita hingga kita rasa susah nak berubah atau diubah.
Bagu UMNO Bahagian Jasin rasa sudah sampai masa nya kita buat perubahan dari segi kepimpinan supaya agenda pada PRU 13 dapat dijalankan dengan lancar dan memastikan kemenangan milik kita semua.

Tuesday, June 23, 2009

PERSIDANGAN CAWANGAN

Salam kepada pejuang bangsa,agama dan negara,
Minggu ini semua cawangan sibuk menunaikan tanggungjawab untuk mengadakan Persidangan Cawangan sebelum Bahagian dan seterusnya Majlis Tertinggi bermesyurat. Tahniah kepada cawangan yang telah mengadakan mesyaurat walaupun kali ini tidak sehebat sewaktu ada pemilihan. Seolah-olah terdapat satu fenomena baru dalam institusi ini bila ada pemilihan masallah kehadiran ahli mesyuarat tidak menjadi beban kepada Exco semua peringkat.

Suasana mesyuarat juga jadi hambar lagi tawar bila tiada perebutan jawatan di semua peringkat. Alangkah eloknya jika waktu santai ini digunakan oleh pemimpin dan ahli berlapang dada untuk sama-sama berfikir demi parti ini. Semua pemimpin dan ahli UMNO bersetuju dengan penulis bahawa keyakinan generasi muda terhadap UMNO semakin terhakis. Ini dapat dibuktikan jumlah bilangan mereka yang tidak mengundi adalah ramai bilangannya. Kenapa jadi begitu dan apakah daya kita untuk mengatasinya.

Thursday, June 4, 2009

TUA VS MUDA

Salam Perjuangan,
Didoakan agar rakan-rakan sihat sejahtera hendaknya di samping sibuk menguruskan mesyuarat cawangan serta sayap dan seterusnya bahagian.Apabila sesuatu organisasi mempunyai sayapnya, tidak dapat dielakkan akan berlaku pertembungan pendapat dan idea antara yang tua dengan yang muda. Sekali imbas pertembungan ini pasti akan meninggalkan kesan psaikologi kepada kedua-dua golongan. Ini tidak dapat dielakkan kerana orang muda zaman kini menggunakan media alternatif untuk berhubungan antara satu sama lain manakala yang tua pula menggunakan kaedah yang mereka lazim gunakan. Orang muda saperti biasa dengan darah mudanya akan melihat golongan tua bergerak begitu lambat dan penuh dengan nostalgik iaitu kenangan lama sewaktu mereka pemuda dulu di mana ketika itu zamannya berlainan sekali dengan zaman orang muda sekarang. Pertembungan pendapat tidak boleh dielakkan lagi apabila dua generasi ini berada dalam satu organisasi.Perbedaan pendapat bukanlah satu halangan untuk kita terus menolak golongan muda untuk memberikan khidmat baktinya kepada parti, ahli dan masyarakat. Suka atau tidak suka golongan tua kena menerima hakikatnya kerana bukannya kehendak golongan muda tetapi ini adalah fitrah bagi mereka yang dilahirkan pada zaman ini. Golongan muda sering dilihat sebagai pemimpin masa depan jadi kenalah diberikan peluang dan ruang kepada mereka agar dapat memberikan sumbangan dan fikiran untuk melakukan sesuatu.Perbalahan hanya merugikan kita semua.